Pages

Thursday, September 05, 2013

Perubahan.

Assalamualaikum W.B.T ♥

"Rembau Most Wanted, Yawww. Cekidaaaut" 

Ehem, test test 123. Lagu negeri sembilan bila diubah sebenarnya gempak. Kita sebenarnya perlu menge-test dan men-varietykan lagu. Okay, nanti nak cuba. Serious nak cuba. Samalah juga kita manusia, manusia perlukan perubahan. Tak perlu banyak, sedikit cukup memadai tetapi berhasil. Kita sebenarnya mahu tapi malu. Malu kenapa? Malu dengan pandangan manusia. Bila fikir balik, kenapa perlu macam tu sedangkan bukan manusia yang menilai kita tetapi tuhan yang satu Allah!
"Kita berubah kerana kita mahu menjadi hamba Allah yang Redha"

Kita kena selalu ingat apa motif hidup didunia ini? Apa sebab? Mardhatillah. InsyaAllah.

*Kadang-kadang kita rasa kita berblog untuk memotivasikan diri sendiri. Tarbiyah diri sendiri.


Monday, October 29, 2012

Jawapan Allah S.W.T Di Setiap Persoalan Kita.

Assalamualaikum W.B.T

1. Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah : 216]
2. Kenapa terlalu berat ujian ini?
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

[Al-Baqarah : 286]
3. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapakah?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."

[Ali Imraan : 139] 

".... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesugguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."

[Yusuf : 87]
4. Bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk."

[Al-Baqarah : 45]
5. Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."

[At-Taubah : 111]
6. Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah! ALLAH bagiku, tidak ada TUHAN selain daripada-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakal."

[At-Taubah : 129]
7. Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang yang dusta."

[Al-Ankabut : 2-3]
 Sekian. Wasalam.

Tuesday, October 09, 2012

Album lama, gambar lama.

Assalamualaikum W.B.T

"Jam berdetik laju ke arah pusingan 360. Kalau inginkan masa itu berputar semula, ianya mustahil dengan kuasa manusia. So, biarkan kenangan yang lalu itu pergi"

Sedang asyik mengemaskinikan folder-folder yang bersepah-sepah di dekstop, aku terhenti seketika apabila melihat photo-photo lama. Sungguh tidak kusangka, masih ada lagi foto-fotoku di bangku sekolah menengah. Yang buat aku tertarik, gambar-gambar kenanagn di asrama. Sangat merindukan insan-insan tersayang yang berada disana. Mereka penawar hati ♥ Understanding. Senasib. Susah dan senang bersama. Yeah! That's mereka. Mereka adalah sebahagian insan tersayang dalam hidupku.

Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan dan mencari keredhaan Allah. Indahnya hidup, jika kita bersama dengan orang-orang yang selalu merindukan Redha Allah.
 Wasalam.